Monday 26 October 2015

SELAMAT DATANG KE INFO SISTEM BREK DISK.


PENGENALAN SISTEM BREK DISK

Sistem brek adalah untuk membantu pemandu memperlahankan dan memberhentikan kenderaan serta memudahkan pemandu untuk mengawal kenderaan. Selinder induk disambungkan ke pedal brek yang diinjak oleh pemandu bagi memaksa bendalir dikenakan tekanan ke tiap-tiap pepasangan brek roda. Disini daya hidraulik digunakan untuk memaksa pad dalam pepasangan brek piring menentang pusingan rotor atau menolak keluar kekasut brek menentang pusingan gelendong brek. Sistem brek letak/brek tangan kereta biasanya menggunakan kaedah mekanikal dan dipasang pada roda belakang. Satu pengalak kuasa ( servo ) digunakan keatas selinder induk untuk menambah kuasa ketika membrek.


SISTEM BREK YANG BAIK 
  • Boleh memberhentikan kenderaan dengan cepat apabila dikehendaki.
  • Berada dalam keadaan baik dan dalam kawalan pemandu pada setiap masa.
  • Tidak boleh kehilangan kuasa brek.
  • Tidak berkehendakkan larasan yang kerap.
  • Sesuai untuk segala kelajuan,keberatan dan suhu.

JENIS-JENIS SISTEM BREK
  • Mekanikal ~ Gabungan mekanikal dan hidraulik
  • Hidraulik~ Angin (pneumatik)
Sistem Brek Jenis Hidraulik menggunakan Prinsip Paskal yang mana didalam prinsip ini menyatakan 'cecair yang tertutup dapat memindahkan tekanan yang sama pada semua arah tanpa menghilangkan kuasa yang dihasilkan.Cecair tidak boleh dimampatkan dan tekanan pada keseluruhan sistem adalah sama'.

KOMPONEN BREK JENIS HIDRAULIK

Bahagian-bahagian utama brek hidraulik adalah seperti berikut :-

  • Pedal brek 
  • Silinder induk (master cylinder)
  • Saluran paip brek (brake pipe line)
  • Silinder roda (wheel cylinder) 
  • Angkup brek (brake caliper)

(Master Cylinder) Silinder Induk

Silinder induk dibina dalam dua bahagian utama iaitu takungan dan satu badan silinder induk.
Takungan disediakan bagi membekalkan bendalir brek untuk mengendalikan sistem brek. 
Pada bahagian silinder mengandungi piston yang dipasangkan penyendal utama (primary rubber cup) dan penyendal pendua (secondary rubber cup).
Spring dipasang di hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal selepas membrek. 
Injap pampasan(check valve) pula dipasang dihujung silinder bagi mengekalkan tekanan didalam paip brek. 
Dua liang keluaran disambungkan keroda menggunakan saluran paip brek.Satu gelang snap dipasang supaya dapat menahan komponen dalam silinder dari keluar Dibahagian luarnya pula terdapat pengadang habuk (dust cover) untuk mencegah kekotoran daripada masuk ke dalam silinder.
Rod tunjal digunakan untuk menyambungkan tekanan dari pedal ke silinder induk. 

SALURAN PAIP BREK(BRAKE PIPE LINE) DAN HOS BOLEH LENTUR(FLEXIBLE HOSE)

Paip brek dan hos boleh lentur dipasangkan pada sistem brek adalah untuk menghantar cecair yang bertekanan tinggi ke angkup brek (caliper) dan silinder roda (wheel cylinder).
Umumnya hos boleh lentur dipasang pada roda hadapan.Ini disebabkan roda hadapan bergerak turun dan naik. 
Oleh kerana bendalir brek beroperasi dalam tekanan yang tinggi,paip dan hos brek mestilah diperbuat dari bahan yang bermutu tinggi bagi mengelakkan kebocoran.
Paip brek diperbuat daripada steel tube yang dapat menahan karat dan tekanan tinggi. Manakala hos boleh lentur diperbuat daripada getah campuran yang bermutu tinggi. 


ANGKUP BREK(BRAKE CALIPER)

Angkup brek biasanya mempunyai dua jenis iaitu :-
1. Angkup tetap (fix caliper
Jenis angkup tetap biasanya mempunyai 2 atau 4 piston yang dipasang secara bertentangan antara satu sama lain.
Tiap-tiap silinder terdapat satu sesendal (seal). 
Sesendal ini berfungsi untuk menghalang minyak brek keluar dari silinder dan bersifat menarik balik piston ke tempat asal bagi menyediakan satu kelegaan larian antara pad dengan permukaan disk.

2. Angkup apungan (floating caliper)
Angkup jenis apungan (floating) mempunyai satu piston sahaja,tetapi saiznya agak besar dari saiz piston yang digunakan pada angkup tetap.
Angkup brek biasanya digunakan bagi brek jenis disk (piring)


CECAIR BREK

Sistem brek merupakan satu sistem keselamatan yang penting bagi sesebuah kenderaan. Pemeriksaan level atau kuantiti kandungan cecair brek merupakan satu perkara penting dan ianya mudah dilakukan. Cecair brek disimpan dalam reservoir/takungan yang mana dipasang diatas selinder induk 
( master cylinder ). Setiap kali kita buka hood (bonet depan) kita akan nampak reservoir cecair brek ini.


Semejak tahun 1980, telah terdapat banyak reservoir cecair brek dibuat daripada plastik lut cahaya (translucent plastic). Oleh itu untuk pemeriksaan level/paras cecair boleh dilakukan melalui badan reservoir tanpa membuka penutupnya. Biasanya pada badan reservoir telah ditandakan dengan perkataan FULL and ADD or MAX and MIN.


Semua cecair brek diklaskan oleh Department of Transportation (DOT) dan ditanda dengan nombor DOT 3, 4 dan 5. Dalam pemilihan cecair yang betul kepada sesebuah kenderaan tidak berpandu kepada DOT 3 adalah bagus, DOT 4 adalah lebih bagus dan DOT 5 yang paling bagus. Dalam pasaran domestic lebih ditentukan DOT 3 dan DOT 4 lebih sesuai untuk kenderaan tetapi syariakt FORD menamakan DOT 3 sebagai heavy-duty variation kerana pembuatannya lebih bermutu tinggi.
Dari segi Proses pembuatan, DOT 3 dan DOT 4 dipangil cecair polyglycol. DOT 5 lebih kepada silikon. Dalam sektor pembuatan kereta sekarang tidak terdapat sistem brek yang sesuai dan menepati ciri-ciri untuk DOT 5 . Walaubagaimanapun,ketiga jenis cecair brek ini adalah sesuai untuk sistem brek tetapi tidak boleh dicampurkan di dalam satu-satu sistem brek.
Cecair brek ini perlu ditukar setiap 18-24 bulan atau diantara 30000 km ke 40000 km.

CIRI-CIRI BENDALIR BREK


  1. Tidak boleh di mampat
  2. Tidak berbuih
  3. Tidah terpeluwap pada suhu tinggi
  4. Tidak menghakis bahagian logam
  5. Tidak mengeraskan dan melembutkan bahan brake seperti getah
  6. Betindak sebagai pelincir
  7. Tidak mengaratkan sistem brek
  8. Tidak mudah beku

SIFAT-SIFAT BENDALIR BREK


  1. Tidak berbuih
  2. Tidak boleh dimampatkan
  3. Tidak mengaratkan komponen sistem brek
  4. Tidak mudah menjadi wap
  5. Tahan haba.

BREK JENIS DISK

Biasanya digunakan ke atas roda hadapan pada kebanyakan kereta dan ke empat-empat roda bagi sesetengah kereta. Satu disk dipasang ke hab roda dan berputar sekali dengan tayar dan roda. Apabila pemandu mengenakan brek, tekanan hidraul daripada selinder induk digunakan untuk menolak lapik geseran ( pad ) melawan gerakan rotor kemudian memberhentikannya.
















BINAAN (Disk) PIRING

Brek disk mempunyai permukaan yang licin pada kedua-dua belah permukaannya.
Biasanya diperbuat dari besi tuangan. Ada juga yang dibuat padu dan ada yang dibuat bersirip pendingin diantara permukaan brek

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BREK JENIS DISK
  1. Kebaikan
  • Tiada perlarasan perlu dibuat keatas pepasangan brek disk 
  •  Masalah ‘brake fade’ dapat dikurangkan 
  •  Senang untuk membuat pemeriksaan 

    
     2. Keburukan 
  • Berkehendakkan tekanan yang tinggi jika sistem servo unit rosak.

KAEDAH MENJUJUS BREK ( BLEEDING BRAKE )

*Sistem brake hydraulik mestilah dijujus bila sesuatu paip sambungan ditanggalkan atau dimasuki angin.

  1. Tanggalkan penutup takungan bendalir brek dan isikan dengan     bendalir brek yang disyorkan sehingga paras MAX.
  2. Mulakan menjujus pada selinder roda yang paling jauh         daripada master pump dan diikuti kepada yang paling hampir.
  3. Bersihkan skru penjujus pada silinder roda/angkup brek dari segala kotoran.Masukkan paip vinyl pada skru penjujus dan hujung satu lagi pada bekas botol yang diisi dengan bendalir brek.
  4. Dapatkan bantuan rakan untuk menekan brake pedal dua atau tiga kali.Dengan brake pedal ditekan sepenuhnya, longgarkan skru penjujus untuk mengeluarkan udara di dalam sistem.
  5. Ketatkan skru penjujus dengan segera sebelum brake pedal telah dilepaskan.
  6. Biarkan brake pedal kembali ke kedudukan asal dengan skru penjujus ditutup.
  7. Ulang langkah 3 hingga 5 sehingga tiada lagi gelembung-gelembung udara di dalam paip vinyl.
  8. Tekan dan lepaskan brake pedal beberapa kali kemudian periksa kebocoran pada setiap penyambungan.  

PAD BREK

Pad brek digunakan bagi mencengkam disk semasa kenderaan bergerak.
Pad brek biasanya diperbuat daripada campuran asbestos,logam lembut dan damar.




Alat pengukur ketebalan brek pad
Brek pad

Komponen brek pad
Spec brek ped



VIDEO SISTEM BREK

No comments:

Post a Comment